RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap
RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE
*Satu adunan dapat dlm 150 biji.
*Guna acuan pecah 15, hiasan coklat chip putih.
Bahan2
- 250g buttercup suhu bilik jangan terlalu cair nanti bunga samperit kembang setaman.
- 100g gula aising ( wajib ayak ) supaya senang nak tekan nanti tak tersekat di skala 5.
- 340g tepung jagung
- 40g tepung gandum/superfine
- 20g tepung beras
- 4 sb tepung custard
- 2sk emulco red valvet
- 50g cream cheese
- 4 sudu makan wipping cream @ susu pekat
- 1sk essen vanila
- pewarna bright red
Cara2
(A)
Pukul butter & gula guna spatula/senduk kayu. Cukup sekadar sebati sahaja jangan sampai kembang nanti bunga jatuh.
Dan masukkan essen vanila, emulco red velvet dan pewarna kacau sebati lagi .
(B)
Dalam bekas lain pukul cream cheese dan susu/wipping cream sampai sebati tidak berketul.
Masukkan (B) kedalam bekas (A)
satukan kesemua tepung tadi, masukkan sedikit2 jangan semua.
uli sampai tak melekat di tangan.
jangan keras nanti tak susah untuk dipiping atau tekan adunan.
kalau terlalu lembik tambah tepung jagung.
kalau keras tambah buttercup/cream cheese.
Apabila sudah sebati boleh bentuk/piping samperit.
Selepas piping biarkan 15 minit di luar baru bakar.
suhu oven 170 masa 20_25 minit ikut jenis oven msing-masing.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan