RESEPI BEGEDIL AYAM SEDAP MUDAH



Resepi Begedil Ayam Sedap Mudah

Bahan2
- 1 kg kentang
- 3 tangkai daun sup diracik halus
- 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus
- 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka)
- dada ayam, banyak ikut selera
- garam secukup rasa
* telur secukupnya
* minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.

2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.

3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan.                disiat-siat.

4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda*

5. Tambah perasa ikut selera sendiri Secukup          rasa

6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka                  Biasanya berbentuk bulat datar

7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah              dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul        dan dibubuh sedikit garam.

8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Tips
Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.

Selamat mencuba

Semoga Bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

Resepi Tosei Mamak