RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS | MUDAH SUKATAN CAWAN | Insyaallah sedap



RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS

BAHAN-BAHAN

Bahan A
1/4 cwn gula kaster
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn mentega
1/2 cwn minyak jagung
1 bj telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla

Bahan B
2 cwn tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/2 sk cream of tartar
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cwn walnut cincang/almond nib/biji bunga matahari
1 cwn chocolate chips

CARA-CARA

1. Satukan kesemua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips.
4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu sapu mentega.
5. Bakar dalam oven suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

Resepi Tosei Mamak