RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies




Red Pearl Cookies

Bahan2
150 gram Butter
150 gram Tepung Gandum
75 gram Gula Castor
60 gram Cornflakes
50 gram Choc Chip
25 gram Almond Nibs
[Almond Cincang]
1 sudu esen vanilla
Ceri Merah - Di hiris halus

Cara-cara

Masuk butter dan gula dlm mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk utk sebati sahaja. Tak perlu pukul guna mixer Nanti terlebih gebu.
biskut akan over kembang dan leper bila di bakar.

Selepas itu masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah.. Sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar, jangan terlalu besar Sedang2 sahaja.

 Last, hias dengan hirisan ceri merah. Bakar pada suhu 150'c selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Selamat Mencuba.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

Resepi Tosei Mamak