Resepi Kuih Lompat Tikam



RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Bahan [Lapisan Hijau]
3 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
½ cawan jus pandan
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh air kapur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau [jika perlu]

Bahan [Lapisan Putih]
4 cawan santan pekat
1½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara Menyediakannya
Didihkan air dan panaskan kukusan dahulu.

Lapisan Hijau:
1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan.
2. Kacau adunan di atas api sebentar (lebih kurang 5 minit dengan api perlahan).
3. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan kukus selama 15 minit.

Lapisan Putih:
1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan.
2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap.
3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan Lapisan hijau yang telah dikukus tadi dan tuangkan adunan putih.
4. Kukus selama 15 minit.
5. Sejukkan dan potong.
6. Hidangkan dengan air gula merah.

Bahan Air Gula Merah
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara Menyediakannya
1. Satukan semua bahan dan masak  di atas api hingga mendidih.
2. Sejukkan dan tapis sebelum dihidang bersama kuih lompat tikam.

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

Resepi Tosei Mamak