Resepi Semperit susu



Resepi SEMPERIT SUSU

Bahan A
250gm butter@marjerin
160 gm susu pekat
1st esen vanila
Pewarna kuning 3 titik

Bahan B
400gm tepung jagung cap bintang
1sb tepung beras
3 sb tepung kastard

Cara2

1. Satukan bahan A, kacau hanya sekadar sebati. lebih kurang 10 kali kacau je sbb taknak jadi kembang.

2. Masukkan bahan B, uli smpi jadi doh dan     Tidak melekat di tangan.

3. Terap letakkan choc chip @ ceri ikot kesukaan.

4. Bakar suhu 160 30 minit sehingga masak ikot oven masing2.

Tips

-Lepas terap terus bakar. insyaa allah bunga takkan jatuh.

-Adunan ni kena tekan cepat2 takot lama2 nanti adunan akan jadi keras dan sakit jari nak tekan.


-Nak taw biskut sudah masak, kite tengok bawah atau tapak  semperit bertukar warna menjadi keperangan makna nye sudah masak.

-Dan boleh tekan biskut ni kalau pecah,dia masih belum masak, kena sambung bakar sampai tekan dah Tidak pecah.

Selamat mencuba.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

Resepi Tosei Mamak