Resepi Spaghetti Bolognese
RESIPI: SPAGHETTI BOLOGNESE
Masak Spaghetti adalah sangat mudah.
1. Masak air dalam stok pot sehingga mendidih. Masukkan 5 liter air dalam stok pot dan 2 sudu kecilgaram dan sedikit minyak masak supaya ia tak melekat satu sama lain.
2. 1 bungkusan 500gm pasta spaghetti. Gengam kuat-kuat bungkusan itu di tangan kiri, halakan ke air yang tengah mendidih.Beri sedikit ketukan kuat pada penghujung bungkusan dengan tapak tangan kanan. Terburailah spaghetti anda kedalam air. MASA MASAK ADA DICATITKAN DI BUNGKUSAN. Biarkan ia masak mengikut masa yang ditetapkan dalam setiap bungkusan. Pilihlah saiz ketebalan yang anda sukai. Jangan risau sekiranya rebus dalam keadaan tegak kerana ada bahagian tidak ditenggalami air rebus. Spaghetti yang sedang masak akan turun sedikit demi sedikit dan memenohi dibawah paras air sekali sekala kacau tak ada hal.
3. Setelah sampai pada jangka masa masak yang ditetapkan, keluarkan spaghetti dari rebusan dengan penapis dan segera masukkan dalam bekas yang mengadungi air. Biarkan spaghetti sehingga spaghetti anda betul-betul sejuk.
5. Toskan spaghetti. Panaskan kuali dengan sederhana panas dan masukkan dua sudu besar “butter”. Biarkan “butter” cair dan masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaulkan dengan butter. terbalik-balikan spaghetti supaya butter meresapi keseluruhan bahagian spaghetti. Ini TIPS untuk elakan spaghetti anda tidak berair sekeliling spaghetti semasa hidangkan di pinggan.
6. 1 minit sudah memadai untuk spaghetti berada dalam kuali. Keluarkan spaghetti anda. Spaghetti anda telah siap.
CARA MEMBUAT SOS BLOGNESE AYAM – 6 ORANG.
BAHAN-BAHAN:
→500gm. isi ayam (tanpa kulit) bahagian dada amat sesuai. Dipotong kiub kecil.
→2 cawan Tomato segar dipotong dadu. (buang kulit dan bahagian dalam bersama biji).
→2 biji bawang kuning / Holland (bersaiz sederhana) dihiris dadu.
→3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
→1/2 tin “tomato puri” 430gm.
→1 sudu besar madu atau gula pasir.
→1 batang celery dikupas kulit dan dipotong dadu.
→1 batang karot dikupas dan dipotong dadu kecil.
→1 sudu kecil serbuk cili.
→2 sudu besar sos cili.
→2 atau tiga ranting daun rosemarry cuma ambil daun saja.
→2 sudu kecil daun oregano kering,
→2 helai daun “bay leaf” kering.
→1 sudu kecil lada hitam
→1/4 sudu kecil serbuk buah pala.
→2 sudu besar daun “basil” Italy.
→1 cawan air / susu segar.
Minyak zaiton / olive oil.
→1 sudu besar ‘parsley’ yang dicincang atau parsley flake kering untuk diadunkan dhn spaghetti semasa digoreng dgn butter.
→2 sudu besar cheese parmesan untuk taburkan di atas hidangan.
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali sos (sauce pan) atau kuali biasa pun boleh juga. Masukkan minyak olive, biar lebih tak kisah. Bila panas, masukkan bawang putih dan bawang. Layukan saja, jangan sampai garing. Masukan celery dan karot. layukan. Masukkan daun rosemarry. Biarkan ia masak dalam 5-7 minit.
2. Masukkan isi ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna ke perangan, Masukan serbuk cili, tomato puree, tomato segar didadukan, sos cili, dan semua bahan-bahan rempah kecuali daun parsley.
3. Masukkan air / susu 500ml. Masukkan kiub segera stok ayam. Kacau sebati semua bahan-bahan. Bila mula mendidih , kecilkan api dan renehkan sos sekurang-kurang 30 minit.
4. Masukkan garam secukup. Kepekatan boleh ubah suai dengan tambahkan air. Sos bolognese anda telah siap. Hidangkan dengan spaghetti dengan taburkan paramesan. Selamat mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan