Resepi Kuih Bahulu Mak
RESEPI KUIH BAHULU MAK
(untuk 100 biji bahulu)
Bahan2
Tepung gandum (dalam 250g)
Telur (10 biji)
Gula (400g)
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)
Cara-cara membuat
1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat
Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer
2. Masukkan 400g gula dan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa kedalam bekas mixer atau bekas tadi
3. Gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
4. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.
5. Mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
6. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.
7. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
8. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya.
9. Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
10. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas.
11. Selesai membuat kuih bahulu.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan