Catatan

Resepi Biskut Sarang Semut | Biskut Raya | Mudah Insyaallah Sedap

Imej
RESEPI BISKUT SARANG SEMUT Bahan-Bahan - 1 Buku Buttercup (250g) - 1 1/4 Cawan Gula Kastor - 1 Cawan Tepung Naik Sendiri - 2 1/2 Cawan Tepung Gandum - 1/2 Cawan Tepung Jagung - 1 Cawan Tepung Kastard - 1/2 Sudu Teh Baking Powder - 1 Sudu Teh Esen Vanilla - 1 Biji Telur - Chocolate Rice Cara2 1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit. 2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati. 3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh. 4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan. 5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat. 6. Masukkan kedalam cup dan taburkan

Resepi Kuih Bahulu Mak

Imej
RESEPI KUIH BAHULU MAK  (untuk 100 biji bahulu) Bahan2 Tepung gandum (dalam 250g) Telur (10 biji) Gula (400g) Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa) Cara-cara membuat 1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer 2. Masukkan 400g gula dan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa kedalam bekas mixer atau bekas tadi 3. Gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer) 4. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 5. Mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata. 6. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut. 7. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan t

RESEPI BISKUT KACANG MAZOLA KLASIK | Insyaallah sedap.

Imej
Resepi Biskut Mazola Klasik@Legend Bahan2 1kg Tepung Gandum(Diayak) 1kg Kacang Tanah Kisar 700ml Minyak Mazola 2 Cawan Gula Icing 1 sudu garam Telur Kuning dan Kacang Tanah Utk Hiasan Cara2 Satukan Semua Bahan2..Masukkan Minyak Sedikit Demi Sedikit..Gaulkan Sehinggan Menjadi Doh Dan Boleh Dikepalkan..Bentukkan ikut citarasa tersendiri ...letakkan kacang tanah dan sapu telur kuning diatasnya Bakar selama 15-20 Selamat Mencuba.

RESEPI BATANG BURUK | BISKUT RAYA

Imej
Kuih Lagend  .. Resepi Biskut Batang Buruk Bahan2 600 gram tepung gandum 300 gram tepung beras 1 biji santan kelapa 600 gram kacang hijau 400 gram gula (kisar) 3 biji telur Minyak untuk menggoreng Cara2 penyediaan 1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. 2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan. 3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. 4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. 5. Potong kecil dan goreng. 6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS | MUDAH SUKATAN CAWAN | Insyaallah sedap

Imej
RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS BAHAN-BAHAN Bahan A 1/4 cwn gula kaster 1/2 cwn gula perang 1/2 cwn mentega 1/2 cwn minyak jagung 1 bj telur gred B 1/4 sk garam 1/2 sb susu segar @ susu tepung 1/2 sk vanilla Bahan B 2 cwn tepung gandum 1 sb serbuk koko 1 sb tepung jagung 1/2 sk cream of tartar 1/2 sk soda bikarbonat 1/2 cwn walnut cincang/almond nib/biji bunga matahari 1 cwn chocolate chips CARA-CARA 1. Satukan kesemua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. 4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu sapu mentega. 5. Bakar dalam oven suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RRSEPI ROTI PURI | Insyaallah Sedap

Imej
RESEPI ROTI PURI Bahan2 2 cawan tepung gandum 3 sudu besar minyak masak 1 sudu besar gula 1 sudu kecil mauripan 1/2 sudu kecil garam 3/4 cawan air panas *minyak untuk menggoreng Cara2 1. Campur semua bahan  kecuali air panas. 2. Gaul sebati atau sehingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan air panas. Kacau menggunakan senduk. 4. Uli sehingga menjadi doh lembut dan tak melekat ditangan. 5. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong. 6. Perap/rehatkan selama 30minit. 7. Canai doh menjadi leper. 8. Sedia untuk digoreng, pastikan minyak cukup panas dan simbah minyak diatas doh supaya naik kembung elok. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

Imej
RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE *Satu adunan dapat dlm 150 biji. *Guna acuan pecah 15, hiasan coklat chip putih. Bahan2 - 250g buttercup suhu bilik jangan terlalu cair      nanti bunga samperit kembang setaman. - 100g gula aising ( wajib ayak ) supaya senang nak tekan nanti tak tersekat di skala 5. - 340g tepung jagung - 40g tepung gandum/superfine - 20g tepung beras - 4 sb tepung custard - 2sk emulco red valvet - 50g cream  cheese - 4 sudu makan wipping cream @ susu pekat - 1sk essen vanila - pewarna bright red Cara2 (A) Pukul butter & gula guna spatula/senduk kayu. Cukup sekadar sebati sahaja jangan sampai kembang nanti bunga jatuh. Dan masukkan essen vanila, emulco red velvet dan pewarna kacau sebati lagi . (B) Dalam bekas lain pukul cream cheese dan susu/wipping cream sampai sebati tidak berketul. Masukkan (B) kedalam bekas (A) satukan kesemua tepung tadi, masukkan sedikit2  jangan semua. uli sampai tak melekat di tangan. jangan keras nanti t