Resepi Cornflakes Madu Mudah



Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:
1 kotak besar cornflakes ( Nestle )
6 sudu besar butter
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
Kismis, kuaci, kekacang  & ceri
(Ikut Citarasa Anda)

Cara-cara:

1. Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan kismis & ceri, gaul sebati. Padamkan api.

3. Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. Suhu 160 - 170c lebih kurang 5 minit. Biarkan sejuk diredai @ rack, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tips
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus. Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya biskut tak hangus.

 Selamat Mencuba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

Resepi Tosei Mamak