RESEPI YEE MEE SIZZLING | INSYAALLAH SEDAP
RESEPI YEE MEE SIZZLING
(Untuk 3 orang)
Bahan2
Isi ayam (ikut suka nak berapa banyak)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 inci halia (dicincang halus)
6 kuntum cendawan shitake kering direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering -(dipotong-potong)
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung tambah
secawan air
4 cawan air
Cara2
*Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
*Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
*Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
*Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
*Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
*Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
*Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.
* Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan