Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

RESEPI BATANG BURUK | BISKUT RAYA

Imej
Kuih Lagend  .. Resepi Biskut Batang Buruk Bahan2 600 gram tepung gandum 300 gram tepung beras 1 biji santan kelapa 600 gram kacang hijau 400 gram gula (kisar) 3 biji telur Minyak untuk menggoreng Cara2 penyediaan 1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. 2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan. 3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. 4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. 5. Potong kecil dan goreng. 6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS | MUDAH SUKATAN CAWAN | Insyaallah sedap

Imej
RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS BAHAN-BAHAN Bahan A 1/4 cwn gula kaster 1/2 cwn gula perang 1/2 cwn mentega 1/2 cwn minyak jagung 1 bj telur gred B 1/4 sk garam 1/2 sb susu segar @ susu tepung 1/2 sk vanilla Bahan B 2 cwn tepung gandum 1 sb serbuk koko 1 sb tepung jagung 1/2 sk cream of tartar 1/2 sk soda bikarbonat 1/2 cwn walnut cincang/almond nib/biji bunga matahari 1 cwn chocolate chips CARA-CARA 1. Satukan kesemua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. 4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu sapu mentega. 5. Bakar dalam oven suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RRSEPI ROTI PURI | Insyaallah Sedap

Imej
RESEPI ROTI PURI Bahan2 2 cawan tepung gandum 3 sudu besar minyak masak 1 sudu besar gula 1 sudu kecil mauripan 1/2 sudu kecil garam 3/4 cawan air panas *minyak untuk menggoreng Cara2 1. Campur semua bahan  kecuali air panas. 2. Gaul sebati atau sehingga menjadi seperti serbuk roti. 3. Masukkan air panas. Kacau menggunakan senduk. 4. Uli sehingga menjadi doh lembut dan tak melekat ditangan. 5. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong. 6. Perap/rehatkan selama 30minit. 7. Canai doh menjadi leper. 8. Sedia untuk digoreng, pastikan minyak cukup panas dan simbah minyak diatas doh supaya naik kembung elok. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE | Insyaallah sedap

Imej
RESEPI SEMPERIT RED VELVET CHEESE *Satu adunan dapat dlm 150 biji. *Guna acuan pecah 15, hiasan coklat chip putih. Bahan2 - 250g buttercup suhu bilik jangan terlalu cair      nanti bunga samperit kembang setaman. - 100g gula aising ( wajib ayak ) supaya senang nak tekan nanti tak tersekat di skala 5. - 340g tepung jagung - 40g tepung gandum/superfine - 20g tepung beras - 4 sb tepung custard - 2sk emulco red valvet - 50g cream  cheese - 4 sudu makan wipping cream @ susu pekat - 1sk essen vanila - pewarna bright red Cara2 (A) Pukul butter & gula guna spatula/senduk kayu. Cukup sekadar sebati sahaja jangan sampai kembang nanti bunga jatuh. Dan masukkan essen vanila, emulco red velvet dan pewarna kacau sebati lagi . (B) Dalam bekas lain pukul cream cheese dan susu/wipping cream sampai sebati tidak berketul. Masukkan (B) kedalam bekas (A) satukan kesemua tepung tadi, masukkan sedikit2  jangan semua. uli sampai tak melekat di tangan. jangan keras nanti t

RESEPI DORAYAKI | MUDAH DAN SEDAP

Imej
RESEPI DORAYAKI ( kuih Doraemon ) Resepi yang simple dan mudah 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 2 sudu besar madu 2 biji telur 3 sudu besar air 1 sudu besar minyak 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil baking soda Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc) Cara2 *Masukkan telor dan gula dalam mangkuk pukul guna whisk sampai berbuih. *Masukkan madu, minyak dan esen vanila, gaul sebati. *Ayakkan tepung + baking soda ke dalam  adunan tadi, gaul sebati. *Masukkan air dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk adunan. api kecil je tau. Masak je macam masak lempeng. Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang. Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.

RESEPI MACARONS |Insyaallah sedap

Imej
RESEPI MACARONS Step 1 4biji telur putih - Gred AA (anggaran 145gram+-) wajib pastikan tiada setitik @ sebesar zarah pon telur kuning ye.. Klu ada kompom xjadi. 130gram gula castor 1 sudu kecil peppermint flavour. Kalau takde, ganti dengan lemon flavour.. Putar telur putih hingga berbuih Masukkan gula castor sedikit Demi sedikit sambil putar masukkan peppermint flavour. Putar hingga adunan mencapai soft peak (bertanduk) atau terbalikkan bowl,, adunan tak jatuh kebawah. Step 2 160gram serbuk almond (cari kat bakeri mesti ada)  280gram gula aising Campur kedua bahan diatas & ayak. Step 3 Campurkan kedua² adunan diatas secara kaup balik. Gaul elok² jgn laju² gelojoh Sgt. Adunan agak pekat. Dah Gaul sebati boleh la dibahagikan kepada beberapa portion kecil & letak pewarna. Kalau guna liquid color, jgn terlalu bnyk,,nanti adunan cair seeloknye guna pewarna serbuk . Masukkan dalam piping bag untuk senang dipiping diatas Parchment paper/silicon mat.

RESEPI BISKUT RAYA Red Pearl Cookies

Imej
Red Pearl Cookies Bahan2 150 gram Butter 150 gram Tepung Gandum 75 gram Gula Castor 60 gram Cornflakes 50 gram Choc Chip 25 gram Almond Nibs [Almond Cincang] 1 sudu esen vanilla Ceri Merah - Di hiris halus Cara-cara Masuk butter dan gula dlm mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk utk sebati sahaja. Tak perlu pukul guna mixer Nanti terlebih gebu. biskut akan over kembang dan leper bila di bakar. Selepas itu masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah.. Sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar, jangan terlalu besar Sedang2 sahaja.  Last, hias dengan hirisan ceri merah. Bakar pada suhu 150'c selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2. Selamat Mencuba.

RESEPI YEE MEE SIZZLING | INSYAALLAH SEDAP

Imej
RESEPI YEE MEE SIZZLING (Untuk 3 orang) Bahan2 Isi ayam (ikut suka nak berapa banyak) 3 gulung yee mee 5 ulas bawang putih (dicincang halus) 1/2 inci halia (dicincang halus) 6 kuntum cendawan shitake kering  direndam hingga lembut dan dipotong 4 4 biji cili kering -(dipotong-potong) 4 sudu makan sos tiram 3 sudu makan kicap cair 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung tambah secawan air 4 cawan air Cara2 *Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. *Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. *Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). *Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak. *Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. *Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api. *Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah k

Resepi Kuih Lompat Tikam

Imej
RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM Bahan [Lapisan Hijau] 3 cawan santan cair 1 cawan tepung beras ½ cawan jus pandan 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu teh air kapur Sedikit garam Sedikit pewarna hijau [jika perlu] Bahan [Lapisan Putih] 4 cawan santan pekat 1½ cawan tepung beras 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu teh garam Cara Menyediakannya Didihkan air dan panaskan kukusan dahulu. Lapisan Hijau: 1. Gaulkan semua bahan lapisan hijau dan tapiskan. 2. Kacau adunan di atas api sebentar (lebih kurang 5 minit dengan api perlahan). 3. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan kukus selama 15 minit. Lapisan Putih: 1. Satukan semua bahan sehingga sebati. Tapiskan. 2. Kacaukan adunan ini di atas api yang sederhana sekejap. 3. Kemudian cakarkan sedikit permukaan Lapisan hijau yang telah dikukus tadi dan tuangkan adunan putih. 4. Kukus selama 15 minit. 5. Sejukkan dan potong. 6. Hidangkan dengan air gula merah. Bahan Air Gula Merah 2 cawan air 1 cawan gula merah 1 cawa

Resepi Kuih Lapis Coklat Mudah

Imej
Resepi Kuih Lapis coklat Bahan2 2 Cawan Tepung Beras Cap Teratai 1 Cawan Tepung Gandum 1/4 Cawan Tepung Ubi kayu 1 Cawan Gula 1/2 Sudu Teh Garam Halus 1 Cawan Santan kara 4 Cawan Air 1/2 sudu Teh Essen Rose 1 Sudu Teh Coklat Emulco Cara2 -Satukan bahan2 kecuali pewarna/Perisa  Kemudian tapis. -Bahagi kepada beberapa bahagian dan masuk  coklat emulco dan essen rose. -Acuan di sapu minyak. -Tuang adunan 1 cawan setiap lapisan.    -Dan kukus 5 ke 7minit dengan api besar. -Adunan last kukus lama sikit dlm 10 ke 15   minit.  -penutup pengukus balut dgn kain dan  sejukkan sebelom di keluarkan dari acuan.. Selamat Mencuba.

Resepi Cornflakes Madu Mudah

Imej
Resepi Cornflakes Madu Bahan-bahan: 1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 6 sudu besar butter 6 sudu besar gula pasir 2 sudu besar madu Kismis, kuaci, kekacang  & ceri (Ikut Citarasa Anda) Cara-cara: 1. Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes. Gaul hingga sebati. 2. Kemudian masukkan kismis & ceri, gaul sebati. Padamkan api. 3. Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. Suhu 160 - 170c lebih kurang 5 minit. Biarkan sejuk diredai @ rack, barulah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Tips Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus. Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya biskut tak hangus.  Selamat Mencuba

TELUR PADI

Imej
TELUR PADI Baru aku tahu, bahawa telur padi adalah telur itik yang telah diawet dalam campuran abu, kapur, garam, tanah liat dan beras selama beberapa minggu atau bulan. Ia juga dikenali sebagai telur kuda, century egg, telur abad dan ia dianggap sebagai makanan istimewa di China. Telur padi berasal dari China beribu-ribu tahun yang lalu. Ia terkenal dengan rasa dan bau yang sangat kuat kerana kandungan sulfur atau ammonia dalamnya. Selepas proses pengawetan selesai, cengkerang telur berubah seakan telur tersebut tersangat lama penampilan umurnya. Perubahan yang lebih drastik terjadi ketara apabila putih telur telah berubah tekstur agar-agar dan warna coklat gelap. Perubahan yang paling ketara adalah pada kuning telur ia bertukar kepada hijau gelap dan mempunyai tekstur krim tebal atau yogurt. Kebanyakan bau dan rasa yang kuat pada telur padi datang dari kuning telur. Di China ia dianggap sebagai makanan istimewa dan sering dihidang sebagai pembuka selera di majlis perkahwi

RESEPI BEGEDIL AYAM SEDAP MUDAH

Imej
Resepi Begedil Ayam Sedap Mudah Bahan2 - 1 kg kentang - 3 tangkai daun sup diracik halus - 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus - 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka) - dada ayam, banyak ikut selera - garam secukup rasa * telur secukupnya * minyak untuk menggoreng Cara2 1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk. 2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk. 3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan.                disiat-siat. 4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda* 5. Tambah perasa ikut selera sendiri Secukup          rasa 6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka                  Biasanya berbentuk bulat datar 7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah              dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul        dan dibubuh sedikit garam. 8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh. Tips Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil bo

Resepi Mudah Rendang Ayam Nogori

Imej
RESEPI MUDAH RENDANG AYAM NOGORI Bahan2 1 ekor ayam Air secukupnya 2 sudu kerisik 2 kotak santan 2 keping asam gelugor 2 helai daun kunyit (buang tulang tengah dan hiris halus) Garam Dan Perasa Secukup Rasa. Bahan2 Kisar  20 Tangkai Cili api  2 Inci Kunyit hidup  2 Inci Lengkuas Cara2 Gaul ayam dengan bahan kisar dalam kuali hingga ayam kecut. Masukkan air dan santan. Bila mendidih masukkan kerisik, garam, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga kuahnya kering dan berminyak. Selamat mencuba

Resepi Semperit susu

Imej
Resepi SEMPERIT SUSU Bahan A 250gm butter@marjerin 160 gm susu pekat 1st esen vanila Pewarna kuning 3 titik Bahan B 400gm tepung jagung cap bintang 1sb tepung beras 3 sb tepung kastard Cara2 1. Satukan bahan A, kacau hanya sekadar sebati. lebih kurang 10 kali kacau je sbb taknak jadi kembang. 2. Masukkan bahan B, uli smpi jadi doh dan     Tidak melekat di tangan. 3. Terap letakkan choc chip @ ceri ikot kesukaan. 4. Bakar suhu 160 30 minit sehingga masak ikot oven masing2. Tips -Lepas terap terus bakar. insyaa allah bunga takkan jatuh. -Adunan ni kena tekan cepat2 takot lama2 nanti adunan akan jadi keras dan sakit jari nak tekan. -Nak taw biskut sudah masak, kite tengok bawah atau tapak  semperit bertukar warna menjadi keperangan makna nye sudah masak. -Dan boleh tekan biskut ni kalau pecah,dia masih belum masak, kena sambung bakar sampai tekan dah Tidak pecah. Selamat mencuba.

Resepi Rempeyek/Tempeyek

Imej
RESEPI REMPEYEK / TEMPEYEK:  Bahan-Bahan Diperlukan:  - 100gm tepung beras.  - 100gm tepung jagung.  - 200ml santan cair.  - 1 biji telur.  - Garam dan Perasa Makanan (Aji).  - 200gm Kacang Tanah.  - Ikan bilis halus atau ikan bilis disiat.  Bahan-Bahan untuk tumbuk Halus;  - Satu cekak udang popai direndam dan toskan (hindarkan pasir)/ 2 sudu besar udang kering.  - 1 sudu besar serbuk ketumbar atau sagai biji ketumbar tumbuk je.  - 1 sudu kecil jintan putih.  - 1 sudu kecil jintan manis.  - 1/4 sudu kecil Garam Masala (kalau ada pakai).  - 1/4 sudu kecil biji jintan manis / putih.  - 3 ulas bawang putih.  - 3 biji buah keras.  - 1 sudu besar cili kisar / bubuh cili api tumbuk boleh. Pedas ikut anda.  Cara Menyediakan:  1. Ayak dulu tepung beras dan tepung jagung. Satukan kedua tepung ini.  2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan bahan tumbuk halus kecuali kacang tanah dan ikan bilis.  3. Kacau dengan santan cair sehingga sebati. masukan dalam belender je..p

Resepi Red Velvet Cookies

Imej
Red Velvet Cookies Bahan-bahan 250g butter 190g gula kastor 1 biji telur kuning 1 tbs red velvet emulco 1 tsp esen vanila 1 tsp serbuk koko 300g tepung gandum 20g tepung jagung 1 tsp baking powder 100g almond cincang 150g chip chocolate Cara-cara 1. Pukul butter dan gula sampai sebati. Guna senduk sahaja. Senang. 2. Masukan kuning telur. Kacau sebati. 3. Masukan esen vanila dan red velvet emulco. Kacau sebati. 4. Masukan serbuk koko, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati. 5. Masukan almond cincang and chip chocolate. Gaul sebati. 6. Bakar selama 20-30min sehingga masak dengan suhu 180 degree C. Ikot jugak pada oven. Semerbak harum satu rumah. Sedap, rangup! Just nice manis dia. SELAMAT MENCUBA.

Resepi Aiskrim Sedap (Homemade)

Imej
RESEPI: AIS KRIM (HOMEMADE): BAHAN-BAHAN: - 1/2 cawan susu. - 1/4 cawan air ais. - 1/4 gula icing/halus. - 1 sudu besar (tbsp) gelatin HALAL yg tiada perasa. - 1 sudu besar vanilla. CARA MEMBUATNYA: 1. Adunkan gelatin pada 1/4 cawan air ais dgn taburkan sedikit demi sedikit di permukaan air ais. Biarkan gelatin ini menyerap air, tak perlu dikacau. 2. Panaskan 1/2 cwn susu di dlm kuali dgn api dapur yg sederhana. Sentiasa kacau susu sehingga didihan berlaku disekeliling kuali anda. Jgn sampai susu ini terbakar yea. 3. Keluarkan susu panas tadi dan masukan dlm mangkok adunan. Masukkan gelatin yg dicairkan. Pukul/whisk adunan itu sehingga gelatin adun dgn sempurna. 4. Masukkan gula icing dan vanilla dan sambung balik pukul sebatian ini. selepas gula sebati, tuang adunan dlm bekas yg sesuai dan masukkan dlm peti sejuk selama 90 minit. Selepas 90 minit keluarkan adunan ini dari peti sejuk dan ambil mangkok adunan yg boleh memuatkan bekas adunan tadi (mcm double boil

Resepi Tosei Mamak

Imej
RESEPI TOSEI MAMAK BAHAN-BAHAN: 1 cawan kacang tosei (putih). 3 cawan beras / Tepung beras 1 sudu biji Halba/Fenugreek seed) 1 sudu kecil garam. 1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukkan tosei dan membantu percepatkan proses fermentasi)*. CARA-CARA PENYEDIAAN: 1. Basuh kacang tosei, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam. (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak). nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar. 2. Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram semalaman. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan tiga atau empat hari. 3.Jangan masukkan garam semasa pemerapan, kerana garam boleh membunuh bakteria ba

Resepi Spaghetti Bolognese

Imej
RESIPI: SPAGHETTI BOLOGNESE Masak Spaghetti adalah sangat mudah. 1. Masak air dalam stok pot sehingga mendidih. Masukkan 5 liter air dalam stok pot dan 2 sudu kecilgaram dan sedikit minyak masak supaya ia tak melekat satu sama lain. 2. 1 bungkusan 500gm pasta spaghetti. Gengam kuat-kuat bungkusan itu di tangan kiri, halakan ke air yang tengah mendidih.Beri sedikit ketukan kuat pada penghujung bungkusan dengan tapak tangan kanan. Terburailah spaghetti anda kedalam air. MASA MASAK ADA DICATITKAN DI BUNGKUSAN. Biarkan ia masak mengikut masa yang ditetapkan dalam setiap bungkusan. Pilihlah saiz ketebalan yang anda sukai. Jangan risau sekiranya rebus dalam keadaan tegak kerana ada bahagian tidak ditenggalami air rebus. Spaghetti yang sedang masak akan turun sedikit demi sedikit dan memenohi dibawah paras air sekali sekala kacau tak ada hal. 3. Setelah sampai pada jangka masa masak yang ditetapkan, keluarkan spaghetti dari rebusan dengan penapis dan  segera masukkan dalam bekas